26.9.13

Drama

Assalammualaikum

Jam 7malam. Diri dihadapan TV. Menonton drama pilihan. Kisah cinta sang kekasih. Membuatkan diri sentiasa berangan. Bukan cuma diri. Orang lain juga pasti.

Drama. Semua nya indah. Mengalir air mata kerana kisah cinta yang agung. Permainan romantik dan manis dari sang lelaki. Permainan kesetiaan dan ketabahan sang wanita. Semuanya indah. Walaupun jalan cerita penuh berliku yang menjadi cabaran sang pencinta.

Bermula dari paksaan berkahwin. Tanpa mengenali sang lelaki siapa. Hingga membuahkan kebahagian. Bercinta selepas sah menjadi suami isteri. Semuanya kelihatan indah. Rajuk tawa segalanya indah kerana sedang mengenali sang pasangan.

Tetapi realitinya tidak lah seindah drama. Tanpa mengenali siapa sang jodoh. Tanpa pasti persediaan diri. Kita tidak mungkin bersedia menghadapi segala.

Pabila tersedar. Keputusan dibuat. Sentiasa sabar kerana masa hadapan yang penting. Jauh lagi perjalanan. Hidup sendiri bukan lah bermakna tidak bahagia. Kerana masih ada keluarga dan rakan yang sentiasa bersama. Semuanya bakal tiba seperti yang telah dirancang olehNya.

Love, Aiaeeaia