21.2.13

Siapa makan cili?

Assalammualaikum,

Lain kita cakap. Lain dia faham. Orang lain pun pelik kenapa dia begitu. Sampai aku yang ditanya bertubi-tubi kenapa dia melebih. hahaha. aku ketawa. kerana apa? kerana bagi aku, orang macamni memang cepat melatah. Bila sudah melatah. Segala hal dicampur aduk. Ye, segala hal. Bagi aku, takda kaitan pun sebenarnya. Besides, aku tak mentioned pun nama siapa. Siapa makan cili dia rasa pedas. ye ke idak? Melatah lah sorang-sorang ye.

Love, Aiaeeaia

20.2.13

Si Pagi.

Assalammualaikum

Pagi ni ikut emak ke sekolah. Kerana emak khuatir aku kebosanan di rumah seorang diri yang hanya bertemankan si pembantu rumah. Aku tidak kisah kerana aku lebih sukakan tidur. (refer pada bentuk badan sekarang ini.).

Setengah jam adalah tempoh yang singkat untuk gadis seperti aku menyiapkan diri. Tetapi kerana ia pagi, halaju tubuh badan menjadi perlahan. Selamat solat subuh hanya dua rakaat. Jika empat, aku nescaya sering terpelosok menyium bumi. Abaikan ideologi bodoh rekaan aku. Ye, aku masih menunding jari pada si pagi. Bukan kerana ia tidak indah. Tetapi kerana ia tidak mengindahkan aku. Mata separuh kuyu. Mata sembam bagai bergaduh dihadapan pagar sekolah. Tudung syria yang tidak berada pada tengah bumi. Warna baju dan tudung dan inner syria yang tidak ngam. Seperti menghadiri party like this. wiggle. wiggle. Dan, yang paling tidak boleh dimaafkan, bulu kening aku tidak sekata kerana aku seperti tidak berpijak dibumi yang nyata ketika merapikannya.

Si pagi,
Aku tidak membenci mu. Aku bersyukur, Alhamdulillah, kerana Allah menciptakan mu. kerana mu juga aku jaga dari tidur kerana Allah masih memanjangkan umur ku. :)

Love, Aiaeeaia

Istilah

Assalammualaikum.

Since, entries yang lain aku delete sebab most of the entries tu corrupt. So yeah, this is the first entry yang a bit bertujuan i must say. hahaha.

See the post tittle. Politik.
Aku tahu semua tahu, apa tu politik. apa je berkaitan dengan istilah ini. Cuma menjadi masalah sekarang adalah perception orang terhadap istilah itu sendiri. Lain orang, lain perception dia. kan? Siapa setuju? Raise your right handdddd! hahaha.

Aku tak pernah ada masalah dengan mana-mana politik. Seriously. Sebab aku ada mentality in which, aku lebih kepada neutral. Yeah, neutral. Macam, korang tak tetap pada yang satu (refer to politik, bukan agama), maksudnya, korang lebih tengok pada apa yang telah, sedang dan bakal berlaku. Mungkin ada sesetengah melihat pada pemimpin tu sendiri. Mungkin juga pada pada parti tu. atau etc. Depends pada individual tu. Macam aku? Aku lebih pada kepimpinan atau ideologi seorang pemimpin tu. Itu lah aku. :)

Cuma apa yang buat aku tertarik nak update this entry berkaitan politik ni is bila sesetengah yang terlampau taksub dengan apa yang mereka pegang. Mungkin perkataan taksub terlampau besar? Tapi tu je yang aku boleh fikir sekarang. hahaha. Kadang-kadang, tak cukup dengan cuma pembacaan yang kita buat. Kajian tu lebih penting. Make it clear, buka mata. Itu lebih senang mungkin untuk difahami. Ye lah. Buka mata dengan sekeliling kita. Belajar lebih mendalam. Mungkin lebih faham kan? Daripada asyik mengeluarkan konon-kononnya pendapat yang bakal offences orang lain. kan?

Yeah, aku mungkin kurang mahir dalam hal ini. Tapi aku cuma apply apa yang aku tahu, apa yang aku belajar, dari zaman diploma hingga lah sekarang. So, tak bermakna aku jahil dalam hal macam ni kan?

Aku tak berani nak merepek panjang. Buka mata. Itu yang penting daripada menunjuk kesempitan fikiran diri.


Love, Aiaeeaia

Start all over again

Assalammualaikum

Apparently, all my photos in this blog HILANG! yup! Like seriously HILANG! or, I may say, corrupt? I don't really know.

So, yeah, I need to start all overrr againnnnn.

Love, Aiaeeaia