29.9.13

Tak kenal. Maka tak cinta.

Assalammualaikum,

Orang tua selalu kata, tak kenal maka tak cinta. Maka berkenal-kenalan lah dahulu. Tidak semua yang sudah dikenali mudah dicintai. Kadang-kadang berakhir dengan benci.

Sehingga di dalam sembahyang, memohon agar tidak pernah mengenali. Supaya hati sentiasa senang.

Love, Aiaeeaia

26.9.13

Drama

Assalammualaikum

Jam 7malam. Diri dihadapan TV. Menonton drama pilihan. Kisah cinta sang kekasih. Membuatkan diri sentiasa berangan. Bukan cuma diri. Orang lain juga pasti.

Drama. Semua nya indah. Mengalir air mata kerana kisah cinta yang agung. Permainan romantik dan manis dari sang lelaki. Permainan kesetiaan dan ketabahan sang wanita. Semuanya indah. Walaupun jalan cerita penuh berliku yang menjadi cabaran sang pencinta.

Bermula dari paksaan berkahwin. Tanpa mengenali sang lelaki siapa. Hingga membuahkan kebahagian. Bercinta selepas sah menjadi suami isteri. Semuanya kelihatan indah. Rajuk tawa segalanya indah kerana sedang mengenali sang pasangan.

Tetapi realitinya tidak lah seindah drama. Tanpa mengenali siapa sang jodoh. Tanpa pasti persediaan diri. Kita tidak mungkin bersedia menghadapi segala.

Pabila tersedar. Keputusan dibuat. Sentiasa sabar kerana masa hadapan yang penting. Jauh lagi perjalanan. Hidup sendiri bukan lah bermakna tidak bahagia. Kerana masih ada keluarga dan rakan yang sentiasa bersama. Semuanya bakal tiba seperti yang telah dirancang olehNya.

Love, Aiaeeaia

25.9.13

Rahsia

Assalammualaikum.

Rahsia. Sesuatu yang menjadi simpanan kita. Tidak diketahui oleh sesiapa. Bagi aku, rahsia akan sentiasa menjadi rahsia. Jika ditanya, aku iyakan sahaja. Menggeleng kerana pura-pura tidak menyimpan apa-apa.

Rahsia ni juga sebenarnya bertujuan menjaga hati. Biar kita dilihat buruk dimata mereka, dari kita dilihat kasihan dimata mereka. Walaupun, diri sakit di dalam kerana tomahan. Tetapi tabah, tersenyum. Kerana diri ini percaya, hanya aku dan Dia yang mengetahui apa yang terjadi.

Mungkin difikir oleh mereka, aku telah berkongsi segala. Sebenarnya ada rahsia yang menjadi simpanan diri ini. Kerana, rahsia juga bertujuan menjaga aib mereka. Aku sabar. Sabar dengan segala. Kerana aku tahu satu hari nanti mereka sendiri akan sedar. Sedar dengan segala. Walaupun hanya disimpan sendiri.

Keputusan dibuat bukan kerana kesenangan diri. Kesenangan orang disekeliling ini. Kerana diri percaya, ada yang lebih baik mendatang. Tiada istilah, yang dikejar terlepas, yang dikendong berciciran. Semua hanyalah redha dengan takdir diri.

Topeng sebenarmu kelihatan. Tiada jujur dan hanya mengambil kesempatan. Berbahagia lah kau. Kerana itu yang kau mahu. Kerana tiada apa-apa yang kau dapat dari ku. Bertebaran lah kau menghebohkan segala. Aku disini menerima. Walau hati sakit sekali.

Diri masih sendiri. Kerana diri percaya diri ini tabah. Walaupun beratus kali mencuba. Sentiasa mencuba. Jika mudah perasaan berterbangan. Aku mahu terbang mencari masa hadapan. Melihat nasib diri.

Diri menanti sabar. Kerana percaya, yang baik pasti tiba.

In Syaa Allah

Love, Aiaeeaia