20.2.13

Si Pagi.

Assalammualaikum

Pagi ni ikut emak ke sekolah. Kerana emak khuatir aku kebosanan di rumah seorang diri yang hanya bertemankan si pembantu rumah. Aku tidak kisah kerana aku lebih sukakan tidur. (refer pada bentuk badan sekarang ini.).

Setengah jam adalah tempoh yang singkat untuk gadis seperti aku menyiapkan diri. Tetapi kerana ia pagi, halaju tubuh badan menjadi perlahan. Selamat solat subuh hanya dua rakaat. Jika empat, aku nescaya sering terpelosok menyium bumi. Abaikan ideologi bodoh rekaan aku. Ye, aku masih menunding jari pada si pagi. Bukan kerana ia tidak indah. Tetapi kerana ia tidak mengindahkan aku. Mata separuh kuyu. Mata sembam bagai bergaduh dihadapan pagar sekolah. Tudung syria yang tidak berada pada tengah bumi. Warna baju dan tudung dan inner syria yang tidak ngam. Seperti menghadiri party like this. wiggle. wiggle. Dan, yang paling tidak boleh dimaafkan, bulu kening aku tidak sekata kerana aku seperti tidak berpijak dibumi yang nyata ketika merapikannya.

Si pagi,
Aku tidak membenci mu. Aku bersyukur, Alhamdulillah, kerana Allah menciptakan mu. kerana mu juga aku jaga dari tidur kerana Allah masih memanjangkan umur ku. :)

Love, Aiaeeaia